Khurafat Tiang

Tahniah di ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. mengambil langkah profesional bagi merungkai persoalan khurafat yang di cetuskan oleh  Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak iaitu tentang amalan khurafat tiang seri rumah.

PAS tidak membiarkan khurafat ini dari berterusan sebab diperhatikan pihak UMNO tidak beri teguran tentang amalan khurafat yang masih dilakukan. Walaupun terdapat  ulama muda dalam UMNO yang boleh membantu merungkaikan perkara ini tetapi malangnya turut mendiamkan diri seolah-olah mengamalkan politik senyap sunyi sepi apabila berhadapan dengan amalan khurafat pemimpin UMNO.

Sepatutnya ulama muda UMNO mengelakkan parti UMNO dilihat sebagai parti amalan khurafat yang membahayakan aqidah umat Islam dan merosakkan imej agama Islam dimata orang bukan Islam.

Oleh yang demikian, pemuda PAS mengambil initiatif bertemu Mufti Perak supaya turut sama 'turun ke gelanggang' menjelaskan pada umat Islam apa sebenarnya kedudukan amalan meletakkan ancak tiang seri ini pada fahaman UMNO Barisan Nasional sebab amalan itu mengelirukan umat Islam terutamanya pada mereka yang berkata "Biar mati anak jangan mati adat".



MEMORANDUM MENDESAK TEGURAN TERHADAP DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE TIANG SERI RUMAH.

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri terhadap tokoh besar di dalam negara Perak Darul Ridzuan yang dilihat tidak menurut ajaran Islam yang sebenar. Kami amat kesal kerana Y.Bhg. Tan Sri tidak begitu prihatin untuk memberikan pendapat dan penjelasan sehingga menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap perbuatan tersebut.

Dalam kes orang nombor satu negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Menteri Besar Negeri Perak dalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong  telah mengadakan upacara meletakkan ancak ke Tiang Seri rumah yang mana dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.



Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Tan Sri dalam perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan mulia Y.Bhg. Tan Sri agar dapat memperjelaskan kepada rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut. Pihak kami meminta Y. Bhg. Tan Sri mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.

Komen tentang  foto itu:

Pada foto diatas kelihatan ada seorang lebai putih yang turut terlibat mengusap atau pegang tiang seri tersebut seperti hendak memburukkan imej PAS secara halus.