APCO

APCO PUNCA NAJIB ENGGAN HALANG BLAIR, RAKYAT AKAN BERHIMPUN

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Parti- Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana hingga ke hari ini Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak masih enggan memberikan respon terhadap desakan PAS dan pelbagai NGO yang membantah kehadiran mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk datang ke Malaysia bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company pada 24 April ini.

Sebelum ini PAS sudah mendedahkan bahawa Blair merupakan ahli utama dalam kumpulan pelobi Israel dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide di London iaitu Darren Murphy.


APCO yang merupakan syarikat perunding kerajaan Britain telah menghasut Kerajaan yang dipimpin Blair untuk menyerang Iraq pada 2003 bersama Amerika. Mereka telah menuduh Iraq  sebagai negara yang menaja pengganas dan memiliki senjata pemusnah besar-besaran termasuk dari jenis nuklear dan senjata kimia.


Pembohongan itu terbongkar dalam satu laporan siasatan suruhanjaya bebas yang dipengerusikan oleh Willibrord Davids di di The Hague, Belanda awal tahun ini. Ribuan rakyat Iraq dibunuh dan jutaan lagi menjadi pelarian dinegara sendiri. Hingga ke hari ini Kerajaan Iraq masih dijaja oleh Amerika dan Britain.


Oleh itu kehadiran Blair ke Malaysia jelas sebagai satu penghinaan kepada kedaulatan dan keamanan sejagat. Tangan Blair masih berlumuran darah, tapi Najib masih bangga untuk menyambutnya hanya kerana APCO menjadi tulang belakang kepada gagasan 1 Malaysia hari ini.


PAS bertegas mahu agar Blair tidak dibenarkan masuk ke negara ini. Jika kerajaan berdegil, PAS menyeru seluruh warganegara Malaysia yang prihatin kepada nasib mangsa-mangsa perang di Iraq untuk turun berhimpun bagi menunjukan bantahan pada 24 April 2010 di Sunway Pyramid Convention Centre Persiaran Lagoon Bandar Sunway Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi kerana Blair akan akan berucap ditempat berkenaan. Perhimpunan aman ini akan dipimpin oleh Dewan Pemuda PAS Pusat


Batalkan kontrak, usir Apco, MP PAS mahu Majlis Raja-raja bertindak

Ditulis oleh WAN NORDIN WAN YAACOB   
THURSDAY, 22 APRIL 2010 09:11
KUALA LUMPUR : Ahli-ahli Parlimen PAS sepakat dalam memorandumnya kepada Majlis Raja-raja Melayu 5 April lalu mahu badan tertinggi negara itu mendesak kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak membatalkan kontrak dengan Apco Worldwide.

Gesaan itu dibuat oleh 23 ahli Parlimen PAS dalam memorandum mereka kepada Majlis Raja-raja yang diserahkan oleh Ketua Whip PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mewakili Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Timbalan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu, Dato' Sabtu Awad di pejabatnya dekat Istana Negara 5 April lalu.
Turut Hadir ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) dan Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian); Ir Khalid Samad (PAS Shah Alam); Dato' Kamarudin Jaffar (PAS Tumpat); Mohd Firdaus Jaafar (PAS Jerai); Mohd NAsir Zakaria (PAS Padang Terap); Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (PAS Kota Bharu); Dr Lo Lo  Haji Mohd Ghazali (PAS Titiwangsa); Dr Dzulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor); Dr Md Hatta Md Ramli (PAS Kuala Krai); Dr Siti Mariah Mahmood (PAS Kota Raja); Siti Zailah Md Yusof (PAS Rantau Panjang); Dato' Abdul Halim Abdul Rahman (PAS Pengkalan Chepa); Che Uda Che Nik (PAS Sik) dan Dr Che Rosli Che Mat (PAS Hulu Langat).

Dalam sidang media selepas penyerahan memorandum itu Nasharudin menegaskan, pelantikan Apco sebenarnya mendedahkan keselamatan negara pada pihak asing selain satu penghinaan kepada umat Islam kerana agensi itu ada kaitan dengan Israel.

Ujar Nasharudin tindakan kerajaan memeterai kontrak dengan Apco seolah-olah menjemput penceroboh untuk menjejaskan kedaulatan negara.

Beliau menegaskan, setelah ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat  membawa perkara isu tersebut di dalam perbahasan di Parlimen termasuk pendedahan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Apco, Ahli Parlimen PAS membawa isu ini ke pengetahuan Majlis Raja-raja Melayu.

Baginya, Majlis Raja-raja adalah tempat terakhir rakyat meminta pertolongan agar keselamatan negara hari ini tidak diinjak oleh kuasa luar yang dijemput masuk ke negara ini oleh pentadbiran yang ada hari ini.

Nasharuddin juga menyifatkan tiada penjelasan konkrit daripada kerajaan berhubung perkara yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim, sebaliknya kerajaan menghadapkan Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Baginya ia satu tindakan yang tidak menyelesaikan isu sebenar kerana rakyat mahu tahu apakah penjelasan kerajaan, dan bukannya bertindak menghukum terus Ketua Pembangkang, sementara kerajaan gagal menjawab isu tersebut.

Sambil menegaskan ia bukan isu politik sempena pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Nasharudin menegaskan pendedahan mengenai Apco ini dibuat sebelum kematian ahli Parlimen Hulu Selangor.

Dalam memorandum tersebut, ahli-ahliu Parlimen PAS mencadangkan kepada Majlis-Raja-raja antara lain berbunyi " Patik ahli-ahli parlimen PAS sangat berharap agar ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku membatalkan kontrak perundingan Apco dengan kerajaan Malaysia bagi menjamin keselamatan negara dan rakyat; serta menghindarkan persepsi buruk terhadap Malaysia oleh masyarakat dunia, terutamanya oleh negara-negara umat Islam,".

Turut dilampirkan salinan dokumen perjanjian kerajaan dan Apco serta teks ucapan penuh ketua pembangkang di Parlimen yang mengaitkan frma perunding itu dengan Israel pada 30 Mac.

Sementara itu mengulas isu yang sama,  Mahfuz Omar mendesak kerajaan segera mengusir Apco keluar dari negara ini memandangkan negara terdedah kepada ancaman keselamatan.

"Majlis Raja-raja adalah tempat menaungi institusi keselamatan negara, sebab pertahanan dan kepolisan ini dibawah Raja-raja, sebelum perkara buruk berlaku yang boleh mengugat keselamatan negara, rahsia keselamatan negara terdedah kepada keluar, majlis raja-raja perlu bertindak," katanya.

Pembabitan individu tertentu dalam Apco yang dikenali sebagai bekas pemegang jawatan penting dalam negara Israel membimbangkan rakyat, malah ia membuka peluang kepada terdedahnya maklumat keselamatan negara ini, katanya.

Beliau kemudiannya mahu bahawa Majlis Raja-Raja Melayu seharusnya melihat isu tersebut sebagai isu keselamatan negara, bukan sekadar isu politik peribadi Perdana Menteri.

Sebaliknya ia membabitkan isu besar yang boleh memudharatkan keselamatan negara kerana dengan pelantikan Apco ini, seolah-olah dengan sengaja Malaysia menjemput Israel untuk datang ke negara ini, ujarnya.

Dalam hal yang sama, Dr Hatta pula menekankan tindakan yang dibuat ke atas Anwar berikutan pendedahan mengenai hubungan Malaysia dengan Apco dengan merujuk Ketua Pembangkang itu ke Jawatankuasa Khas mungkin atas nasihat Apco.

Ianya mungkin untuk menutup isu ini dari diketahui umum secara meluas, namun 'damages' telahpun berlaku dan kehadiran Apco ini merosakkan keselamatan negera, katanya.

Justeru langkah terbaik dan segera yang perlu diambil ialah dengan menamatkan segera kontrak dengan Apco selain mengusir perunding ini keluar dari Malaysia, tegas Dr Hatta.
 
About APCO Worldwide

Client service not only drives us, it defines us. At APCO Worldwide, we address clients’ interests and objectives through communication and public affairs consulting, combining a global perspective with local expertise to understand the issues, events and trends that impact businesses and organizations around the world.

Clients value our ability to help them navigate the complex and often converging worlds of business, industry and finance; media, public opinion and society; and government and public policy. APCO helps clients anticipate what’s next and smartly manage reputational, communication and business opportunities and challenges that affect their organizations, products, services or brands.

Our diverse and hands-on global team of more than 550 experts comes from the environments clients need to reach – we are former elected leaders, journalists, ambassadors, business and nonprofit executives, government officials, market researchers, and communication and Internet experts. Led by seasoned strategists in 29 offices, APCO works to create and implement strategic and tailored solutions designed to advance clients’ objectives.


Vision & Values
APCO is the trusted partner of choice – creating value by pushing the boundaries of communication and providing global service, culture by culture.